Monday, December 28, 2015

Salam , ilmu kritikan seni


 Semua orang tahu mengkritik, kritikan seni adalah salah satu cara sesorang berjiwa seni melakukan kritikan seni didalam hasil pengkaryaan sendiri ataupun orang lain. Pengkritik seni bukanlah pengkritik yang hanya tahu mengkritik hasil karya seseorang secara melulu , tanpa adanya ilmu mengkritik.

 Bagi pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual Tingkatan enam , mereka didedahkan dengan kaedah menkritik hasil seni , sama ada hasil lukisan atau nukilan itu baik atau tidak . Perkara utama yang diperlukan dalam proses mengkritik adalah , mereka perlu faham akan hasil seni yang dipersembahkan. Memahami asas dan teknik dalam menghasilkan lukisan dan lain - lain.

 Cara mudah untuk mengkritik adalah anda perhatikan akan tema yang dipersembahkan oleh pengkarya, seterusnya anda meneliti corak, reka letak , shapes , kedudakan objek yang ingin ditonjolkan. Pencahayaan dan penggunaan media dalam penghasilan sesebuah lukisan akan membawa perubahan dan gaya anda dalam proses mengkritik sesuatu hasil karya yang dihasilkan.
Contoh lukisan ini menarik untuk dikritik.

Pelbagai teknik dan penggunaan dapat dihuraikan melalui gambar lukisan yang dihasilkan

No comments:

Post a Comment